Soalan-soalan Lazim Auto Kredit

e-Bayar atau Auto-Kredit adalah kaedah pembayaran yang membolehkan Etiqa untuk membayar balik kredit premium / sumbangan, bayaran manfaat / serahan, pengagihan lebihan dan / atau tuntutan ke akaun bank anda secara elektronik.
  • Pantas: Dana tersedia sebaik sahaja bayaran diproses oleh Bank.
  • Selamat: Kehilangan cek, penipuan atau cek tamat tempoh tidak lagi menjadi isu.
  • Mudah: Menjimatkan waktu perjalanan untuk mendepositkan cek di bank.
Tidak, anda boleh menikmati perkhidmatan ini TANPA sebarang caj.
Kami amat mengalakan anda untuk mendaftarkan butiran akaun bank anda agar dapat menerima pembayaran menerusi deposit terus ke dalam akaun bank anda.
Sila nyatakan nama bank dan no. akaun semasa / simpanan anda ketika:
  • Penyerahan polisi / sijil baru
  • Penyerahan Tuntutan / Manfaat / Penyerahan
  • Penghantaran borang Endosmen / Perubahan / Borang Pemindaan
Dan, anda boleh memberikan maklumat akaun bank anda melalui MyAccount. Anda boleh mendaftar MyAccount bila-bila masa dan dimana sahaja. Sebagai alternatif, anda juga boleh menghubungi Etiqa Oneline di 1300 13 8888 untuk mengetahui lebih lanjut.
 
Penting: Sila pastikan bahawa nama dan no. pengenalan (MyKad /No. Kad Pengenalan Lama / Tentera / Polis / Pasport / No. Pendaftaran Perniagaan) yang diberikan kepada kami adalah sama seperti yang digunakan untuk membuka akaun bank anda untuk mengelakkan kegagalan Auto-Kredit.
Anda boleh menggunakan mana-mana akaun semasa / simpanan yang masih aktif dibawah nama anda untuk e-Bayar. Akaun semasa / simpanan mestilah dibawah penguasaan Institusi Kewangan yang menawarkan kemudahan MEPS Inter-bank GIRO (IBG).
 
Sila rujuk laman web berikut untuk senarai terkini ahli-ahli IBG:
http://www.meps.com.my/faq/interbank-giro
Pembayaran akan dibuat secara elektronik kepada akaun bank anda dalam tempoh masa 5 hari bekerja setelah tuntutan/permohonan anda diluluskan.
Sekiranya pembayaran tidak boleh dikreditkan ke dalam akaun bank anda disebabkan oleh no. akaun bank yang salah, akaun bank yang telah ditutup, akaun tidak aktif atau no. Kad Pengenalan tidak sepadan dengan rekod bank, pembayaran akan dilakukan melalui cek.
Walau bagaimanapun, ini akan melambatkan proses pembayaran. Untuk mengelakkan perkara tersebut, sila pastikan maklumat akaun bank anda adalah betul dan akaun tersebut masih aktif apabila memberi maklumat itu kepada Etiqa.
Sila pastikan, nama dan no. Kad Pengenalan yang diberikan kepada kami adalah sama seperti yang digunakan untuk membuka akaun bank anda.
Ya, surat pemberitahuan akan dihantar kepada anda setelah pembayaran anda telah diluluskan atau bayaran telah dikreditkan ke akaun bank anda.
Anda juga digalakkan untuk memberi alamat e-mel / no. telefon bimbit anda untuk pemberitahuan secara elektronik melalui e-mel atau SMS pada masa hadapan.
Ya, anda dibenarkan untuk menukar maklumat akaun bank anda dengan mengemukakan Borang Arahan Endosmen / Perubahan / Borang Pemindaan.
 
Atau, anda boleh mengemaskinikan maklumat akaun bank anda melalui MyAccount:
  1. Daftar untuk MyAccount
  2. Klik pada papan pemuka My Bank Account
  3. Klik pada pilihan Polisi / Sijil anda
  4. Pilih nama akaun bank anda
  5. Klik update untuk mengemaskinikan akaun bank anda
Ya, anda perlu menyatakan maklumat akaun bank anda semasa mengemukakan borang pemindaan dan sila pastikan maklumat (MyKad/ No. Pengenalan Lama / Tentera / Polis / Pasport / No. Pendaftaran Perniagaan) diberikan untuk pengesahan ATAU anda boleh mengemaskinikan akaun bank anda melalui MyAccount.
Tidak. Walau bagaimanapun, sila kemaskinikan maklumat akaun bank anda dengan kami melalui kaedah dalam Soalan 10 diatas jika terdapat sebarang perubahan.
Adalah penting untuk mengetahui bahawa:
e-Bayar merupakan mod pembayaran yang paling cekap dan selamat. Oleh itu, e-bayar adalah amat digalakkan.
Semua urusan e-Bayar kami disahkan dengan memadankan nombor pengenalan yang diberikan dalam Polisi / Sijil dengan no. pengenalan digunakan untuk membuka akaun bank anda.
Walau bagaimanapun, sekiranya anda tidak ingin menerima bayaran melalui e-Bayar, pembayaran akan dibuat kepada anda dalam bentuk cek. Pembayaran ini akan mengambil masa yang lebih lama untuk diproses.
Sekiranya pemegang Polisi / Sijil meninggal dunia, semua wang bayaran akan menjadi tanggungjawab pentadbir harta pusaka untuk menyerahkan kepada waris yang telah dinamakan.
Maklumat akaun bank anda dan maklumat lain yang berkaitan:
  • Akan digunakan semata-mata untuk tujuan membolehkan pembayaran dikreditkan terus ke akaun simpanan / semasa anda
  • Maklumat akaun bank anda dilindungi di bawah undang-undang yang sedia ada, Etiqa dilarang untuk mendedahkan maklumat tersebut kepada sesiapa kecuali pelanggan atau wakil peribadi pelanggan yang telah diberikan kebenaran bertulis.
  • Akan digunakan untuk tujuan pemprosesan permohonan dan / atau penyediaan yang berkaitan dengan Polisi / Sijil.

Soalan Lazim Berkaitan dengan Pembayaran Premium/ Caruman

e-Bayar atau Auto-Debit adalah mod pembayaran yang membenarkan akaun simpanan / semasa anda dipotong secara automatik pada jadual tetap untuk membayar premium / caruman anda secara elektronik.
  • Jimat Kos: Tiada caj yang akan dikenakan ke atas kemudahan potongan automatik premium / caruman yang disediakan oleh Etiqa.
  • Selamat: Kehilangan, penipuan atau cek tamat tempoh tidak lagi menjadi isu.
  • Mesra alam: Percetakan dan pengeposan cek tidak lagi diperlukan.
  • Mudah: Menjimatkan waktu perjalanan anda untuk membuat bayaran di cawangan Etiqa.
Tidak, anda boleh menikmati kemudahan ini TANPA sebarang caj.
Maklumat kad pembayaran dan sebarang maklumat yang berkaitan:
  • Akan digunakan semata-mata untuk tujuan potongan pembayaran premium / caruman untuk Polisi / Sijil yang tertentu yang diberi kuasa.
  • Untuk keselamatan, salinan kad pembayaran atau nombor CVV tidak diperlukan untuk Etiqa untuk memproses potongan Auto-Debit.
Antara penyebab kegagalan berlaku potongan adalah seperti berikut:
  • Kad tidak diaktifkan
  • Melebihi had pembelian / pengeluaran (Kad Debit)
  • Dana yang tidak mencukupi (Kad Debit)
  • Melebihi had kredit (Kad Kredit)
  • Ditolak oleh Bank (Pemegang Kad perlu merujuk kepada bank)
Sebab-sebab yang boleh menghalang pembayaran anda daripada berlaku:
  • Jumlah bayaran melebihi had perbelanjaan / pembelian harian anda.
  • Bayaran lebih besar daripada had transaksi maksimum untuk akaun anda.
Penting: Sila membuat panggilan ke pusat perkhidmatan bank anda untuk mendapatkan penjelasan lanjut kerana bank yang berbeza mungkin mempunyai peraturan / kawalan yang berbeza.
Ya, anda dikehendaki mengemaskinikan tarikh luput atau no. kad pembayaran anda yang baru dengan Etiqa.
Ya, Etiqa akan mengenakan jumlah premium / caruman yang terbaru secara automatik.
Sebaik sahaja maklumat Auto Debit telah dikemaskini dalam sistem Etiqa, ianya akan berkuatkuasa pada pembayaran seterusnya yang telah dijadualkan.
Ya, boleh.  Bagaimanapun, potongan pembayaran premium / caruman hanya akan berkuatkuasa selepas polisi telah berjaya diaktifkan semula. Tiada potongan akan berlaku apabila status Polisi / Sijil anda masih luput.
Daftar untuk Borang Kebenaran Bayaran Melalui Kad Kredit / Debit (Autopay) untuk Insurans Hayat dan Takaful Keluarga melalui borang berikut:
Atau, daftar untuk Auto Debit untuk Insurans Am dan Takaful Am melalui borang berikut:
dan emel borang tersebut ke info@etiqa.com.my
 
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Etiqa Oneline di 1300 13 8888
 
Penting:
Untuk Kad Debit Maybank, anda boleh menyemak had pembelian anda melalui m2u.
Untuk Kad Debit Bukan Maybank, anda boleh menghubungi bank anda masing-masing untuk mengaktifkan dan memastikan had pembelian adalah di bawah jumlah premium / caruman.