Memahami Takaful

Tidak kira sama ada anda betul-betul faham dengan prinsip-prinsip Syariah atau tidak, kami mempunyai senarai daftar kata istilah Takaful yang boleh dijadikan rujukan bila diperlukan.

Amal Jariah

Amal kebajikan yang berterusan. Ia merujuk kepada amal kebajikan yang memberikan manfaat berpanjangan kepada penerimanya.

Aqad

Kontrak.

Aqilah

Saudara-mara sebelah bapa pembunuh yang membayar wang pampasan kepada keluarga mangsa bunuh. Doktrin al-'aqilah telah diamalkan di kalangan kabilah-kabilah Arab terdahulu. Ia menyaksikan persetujuan di kalangan kabilah-kabilah, iaitu jika seseorang itu dibunuh secara tidak sengaja oleh salah seorang ahli dari kabilah lain, saudara-mara sebelah bapa pembunuh akan bertanggungjawab untuk membuat sumbangan bagi tujuan membayar wang pampasan pembunuhan bagi pihak pembunuh kepada saudara mangsa.

Doktrin ini kemudiannya mendapat pengiktirafan daripada Nabi Muhammad s.a.w dalam salah satu penghakimannya terhadap seorang wanita dari kaum Huzail. Ini adalah asas doktrin yang mewujudkan sistem takaful sebagaimana yang telah diamalkan pada hari ini.

Al-Quran

Kata-kata Allah yang disampaikan kepada Nabi Muhammad s.a.w dalam maksud dan perkataan yang tertentu dan disampaikan kepada kita semua oleh jumlah periwayat yang ramai (mutawatir).

Bancatakaful / Bankatakaful

Promosi dan pemasaran produk-produk Takaful oleh institusi-institusi perbankan.

Certificate document / Dokumen sijil

Bukti kontrak di antara peserta dan pengendali Takaful yang menetapkan terma-terma dan syarat-syarat sijil tersebut.

Claims ratio / nisbah tuntutan

Nisbah tuntutan bersih yang ditanggung berbanding sumbangan yang diperolehi.

Darurah

Keperluan. Ia adalah situasi di mana seseorang itu wajib untuk memilih sesuatu yang haram dan sekiranya dia tidak berbuat demikian, dia akan berada di dalam keadaan bahaya ataupun akan menyebabkan kehilangan nyawa.

Dayn

Hutang.

Expense rate / Kadar perbelanjaan

Nisbah keseluruhan perbelanjaan bagi tahun tersebut (termasuk komisen, gaji dan sebagainya) berbanding jumlah keseluruhan pendapatan sumbangan selain daripada sumbangan tunggal dan anuiti.

Excess of loss treaty / triti lebihan kerugian

Perjanjian takaful semula yang menyatakan pengendali takaful semula akan membayar keseluruhan atau sebahagian daripada kerugian berpunca dari keadaan tertentu yang berlaku (biasanya melibatkan bencana yang besar) melebihi amaun yang ditetapkan dan sehingga had yang dinyatakan.

Earned contribution / sumbangan terperoleh

Sumbangan bersih yang ditolak peruntukan rizab untuk sumbangan terperoleh pada pendapatan akhir tahun ditambah dengan rizab untuk sumbangan terperoleh pada awal tahun.

Facultative Retakaful / triti pilihan

Kontrak takaful semula di mana pengendali Takaful mempunyai pilihan untuk menyerahkan risiko dan pengendali takaful semula mempunyai pilihan untuk menerima atau menolak risiko individu.

Fasid

Rosak atau terjejas. Terma yang dilarang di dalam kontrak yang menyebabkan kontrak itu tidak sah.

Fatwa

Suruhan agama atau pandangan yang mempunyai autoriti berdasarkan undang-undang Islam (Shariah).

Fiqh

Undang-undang Islam.

Fiqh al-Muamalat

Undang-undang komersial Islam atau undang-undang transaksi kewangan Islam.

Gross direct contributions / Sumbangan langsung kasar

Sumbangan ke atas kadar asal kasar yang dikenakan kepada pelanggan berkaitan perniagaan Takaful secara langsung tanpa sebarang potongan untuk komisen atau komisen broker.

Group family Takaful / Takaful keluarga berkelompok

Takaful keluarga (biasanya tanpa pemeriksaan perubatan) ke atas sesebuah kumpulan manusia di bawah satu sijil berkelompok. Biasanya ia diedarkan kepada majikan untuk manfaat pekerja, atau ahli sesebuah organisasi.

General Takaful / Takaful Am

Perlindungan kepada peserta terhadap kerugian disebabkan musibah seperti kemalangan, kebakaran, banjir, liabiliti dan rompakan.

Gharar

Ketidakpastian. Ia merujuk kepada elemen ketidakpastian yang mutlak atau keterlaluan di dalam perniagaan atau subjek kontrak atau harganya, atau risiko yang dispekulasi semata-mata. Ia berpotensi untuk menjurus kepada kerugian yang keterlaluan kepada satu pihak berkontrak dan perolehan keuntungan secara tidak wajar kepada satu lagi pihak dan ini ditegah di sisi Islam.

Gharar fahish

Ketidakpastian yang besar.

Gharar yasir

Ketidakpastian yang kecil.

Hadith

Kata-kata, perbuatan dan pengakuan Nabi Muhammad S.a.w yang disampaikan melalui sahabat-sahabatnya. Ia merupakan sumber autoriti tertinggi dalam perundangan Islam selepas Al-Quran.

Halal

Sah, dibenarkan.

Haram

Tidak sah, dilarang.

Hibah

Pemberian. Ia menunjukkan pemindahan hak milik sesuatu barangan tanpa ada sebarang balasan material.

Householders' takaful Houseowners'/ Householders' takaful / Takaful empunya rumah / isirumah

Perlindungan Takaful untuk harta kediaman terhadap kerugian atau kerosakan yang disebabkan musibah seperti banjir atau gempa bumi. Ia bukan sekadar melindungi rumah, tetapi garaj, bangunan luar, dinding, pagar malah binaan dan hiasan kekal. Ia tidak melindungi bangunan yang digunakan untuk tujuan komersial seperti restoran, kilang dan tempat penyimpanan barang.

Ibahah / Mubah

Sebarang pekerjaan yang dibenarkan untuk dilakukan dan tiada sebarang ganjaran diberikan kerana mengerjakannya dan tiada hukuman jika meninggalkannya.

Ijma

Persetujuan semua ulama' yang berkelayakan tentang isu-isu Shariah pada sesuatu zaman.

Ijtihad

Usaha ulama' yang berkelayakan untuk mendapatkan hukum yang dirasakannya bertepatan dengan hukum syarak yang hukumnya tidak disebutkan secara nyata di dalam Al-Quran dan hadith, namun hukum yang dikeluarkan berdasarkan panduan-panduan yang terdapat di dalam Al-Quran dan Hadith.

Incurred but not reported (IBNR) / Ditanggung tetapi tidak dilaporkan

Kerugian yang berlaku sepanjang tempoh yang dinyatakan, kebiasaannya tahun kewangan tetapi belum dilaporkan kepada pengendali Takaful dalam tempoh rundingan.

Indemnity / indemnti

Mengembalikan sesuatu kerugian kepada penuntut dengan membayar, membaiki atau menggantikannya.

Individual Family Takaful / Takaful Keluarga Individu

Kontrak yang menyediakan manfaat Takaful yang dibayar kepada individu setelah kematian/hilang upaya menyeluruh dan kekal atau menyediakan pendapatan kepada peserta apabila telah bersara.

Ju’alah / Ji’alah

Dari segi bahasa ia bermaksud kontrak upah. Ia merupakan bayaran kepada perkhidmatan yang diberikan. Ia juga dikenali sebagai fi prestasi. Di dalam konteks takaful, pengendali takaful menerima sebahagian lebihan yang diagihkan dari dana takaful berdasarkan kontrak ju'alah / ji'alah bagi menguruskan dana takaful.

Kafalah

Jaminan. Ia juga dikenali sebagai daman.

-

 

Maqasid al-Shari'ah

Objektif Shari'ah. Shari'ah bertujuan untuk mengajak kepada kebaikan dan menolak sebarang kemudaratan dalam kehidupan manusia.

Maslahah

Manfaat, kepentingan.

Maysir

Judi. Ia merujuk kepada sebarang aktiviti yang melibatkan pertaruhan di mana pemenang akan mendapat keseluruhan taruhan dan orang yang kalah akan kehilangan barang taruhan. Ia juga dikenali sebagai Qimar.

Medical and Health Takaful

Kontrak yang menyediakan faedah rawatan perubatan yang tertentu seperti kos penghospitalan, fi konsultasi bagi pembedahan dan perubatan.

Mortality table

Jadual perangkaan yang menunjukkan kadar kematian bagi setiap umur, kebiasaannya akan dinyatakan dalam bentuk jumlah kematian bagi setiap ribu.

Mu’amalat

Urusan di antara manusia termasuk transaksi ekonomi berkaitan dengan pertukaran barang, perkhidmatan dan transaksi kewangan.

Mudarabah

Persetujuan di antara usahawan dan pemilik modal di dalam perniagaan untuk berkongsi keuntungan berdasarkan nisbah perkongsian keuntungan. Kerugian ditanggung oleh pemilik modal.

Perkongsian pelaburan dengan implikasi perkongsian keuntungan dan kerugian. Satu atau lebih rakan kongsi sebagai pelabur (rabb al-mal) menyediakan semua modal kepada usahawan (mudarib) untuk melakukan aktiviti perniagaan. Keuntungan dikongsi di antara rakan kongsi berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui; manakala sebarang kerugian ditanggung oleh rabb al-mal.

Mudarib

Usahawan di dalam kontrak Mudarabah.

Net claims / Tuntutan bersih

Tuntutan bersih ditanggung setelah ditolak peruntukan untuk tuntutan tertunggak di awal tahun dan ditambah dengan peruntukan untuk tuntutan tertunggak di akhir tahun.

Net contributions / Sumbangan bersih

Sumbangan kasar setelah ditolak semua sumbangan takaful semula yang perlu dibayar.

Net investment / Pelaburan bersih

Pulangan pendapatan ke atas pelaburan setelah ditolak cukai.

Nisab

Had pengecualian untuk pembayaran zakat yang berbeza di antara jenis-jenis kekayaan/harta.

-

 

Participants' investment fund (PIF) / Dana pelaburan peserta

Akaun untuk mengkreditkan sebahagian sumbangan peserta untuk tujuan pelaburan/simpanan.

Participants' risk fund (PRF) / Dana risiko peserta

Akaun untuk mengkreditkan sebahagian sumbangan peserta bagi tujuan mendapatkan manfaat kewangan yang dibayar kepada peserta berdasarkan kejadian-kejadian yang telah dipersetujui berasaskan konsep tabarru'.

Person covered / orang yang dilindungi

Peserta takaful atau orang lain yang berkenaan dengannya peserta takaful itu membuat kontrak takaful dan berkenaan dengannya manfaat takaful boleh dibayar kepada peserta takaful itu atau benefisiarinya apabila berlaku kejadian yang dipersetujui terdahulu di bawah kontrak takaful (Seksyen 2, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013).

Proper claimant / Penuntut yang sesuai

Seseorang yang beranggapan dirinya berhak kepada keseluruhan atau sebahagian daripada manfaat takaful di bawah suatu sijil takaful sebagai wasi kepada peserta takaful yang mati, ibu atau bapa atau penjaga kepada seseorang penama yang tidak berkemampuan atau pemegang serah hak atau yang menuntut selainnya yang berhak kepada manfaat takaful di bawah undang-undang yang berkaitan (Seksyen 2, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013).

Proportional treaty / triti berkadar

Kontrak yang menyaksikan pengendali Takaful dan pengendali takaful semula menyertai kontrak secara berkadar dari segi sumbangan dan kerugian pada setiap risiko yang datang mengikut skop kontrak.

Participants' investment fund (PIF) / Dana pelaburan peserta

Akaun untuk mengkreditkan sebahagian sumbangan peserta untuk tujuan pelaburan/simpanan.

Participants' risk fund (PRF) / Dana risiko peserta

Akaun untuk mengkreditkan sebahagian sumbangan peserta bagi tujuan mendapatkan manfaat kewangan yang dibayar kepada peserta berdasarkan kejadian-kejadian yang telah dipersetujui berasaskan konsep tabarru'.

Person covered / orang yang dilindungi

Peserta takaful atau orang lain yang berkenaan dengannya peserta takaful itu membuat kontrak takaful dan berkenaan dengannya manfaat takaful boleh dibayar kepada peserta takaful itu atau benefisiarinya apabila berlaku kejadian yang dipersetujui terdahulu di bawah kontrak takaful (Seksyen 2, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013).

Proper claimant / Penuntut yang sesuai

Qard

Hutang.

Qard Hasan

Pinjaman tanpa faedah.

Qawa'id Fiqhiyyah

Kaedah-kaedah fiqh.

Qiyas

Kesimpulan beranologi. Ia bermaksud suatu proses mendapatkan hukum berasaskan analogi dari hukum yang sedia ada jika asas ('illah) keduanya adalah sama. Ia merupakan salah satu sumber undang-undang Islam.

Quota share / Bahagian kuota

Bentuk asas di dalam triti penyertaan yang menyaksikan penanggung insurans semula / pengendali takaful semula menerima peratusan risiko-risiko yang telah ditetapkan dalam lingkungan kategori perniagaan berdasarkan asas pro rata.

Seseorang yang beranggapan dirinya berhak kepada keseluruhan atau sebahagian daripada manfaat takaful di bawah suatu sijil takaful sebagai wasi kepada peserta takaful yang mati, ibu atau bapa atau penjaga kepada seseorang penama yang tidak berkemampuan atau pemegang serah hak atau yang menuntut selainnya yang berhak kepada manfaat takaful di bawah undang-undang yang berkaitan (Seksyen 2, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013).

Proportional treaty / triti berkadar

Kontrak yang menyaksikan pengendali Takaful dan pengendali takaful semula menyertai kontrak secara berkadar dari segi sumbangan dan kerugian pada setiap risiko yang datang mengikut skop kontrak.

Sadaqah

Derma yang diberi kerana Allah S.W.T.

Shariah

Dari segi bahasa ia bermaksud jalan atau laluan. Biasanya ia merujuk kepada undang-undang Islam.

Sunnah

Ia merujuk kepada apa-apa perkataan, perbuatan atau pengakuan daripada Nabi Muhammad S.A.W yang direkodkan.

Surplus / Lebihan

Lebihan dari dana peserta yang dibawa ke hadapan setelah ditolak liabiliti aktuari. Pengurusan operasi dana takaful yang cekap dan efektif akan memastikan prestasi dana berada dalam lingkungan penetapan harga produk takaful. Apabila prestasi dana adalah lebih baik berbanding yang dijangka, lebihan sepatutnya dijangka. (Perenggan 10.20, Garis Panduan Rangka Kerja Operasi Takaful).

Rab al mal

Pemilik modal atau pelabur di dalam kontrak Mudarabah.

Retakaful / Takaful semula

Persetujuan kontrak yang menyaksikan pengendali takaful semula akan bertanggungjawab untuk sebahagian atau keseluruhan risiko yang dilindungi oleh pengendali takaful. Hak-hak peserta takaful tidak akan terjejas disebabkan aturan takaful semula dan pengendali takaful dikehendaki untuk membayar tuntutan kepada peserta seperti yang terdapat di dalam terma-terma dan syarat-syarat sijil takaful.

Riba

Faedah. Secara teknikal, ia merujuk kepada lebihan ganti rugi tanpa sebarang balasan yang diiktiraf di sisi hukum syarak.

Riba al Buyu’

Faedah dalam jualan. Ia juga dikenali sebagai riba al-fadl. Ia berlaku dalam pertukaran produk yang tidak setara dalam kategori yang sama dan penghantarannya yang ditangguh. Untuk mengelakkan riba al-buyu', pertukaran komoditi dari kedua-dua pihak mestilah sama dan segera.

Riba al Duyun

Faedah dalam pinjaman. Ia juga dikenali sebagai riba an-nasi'ah. Ia berlaku apabila dinyatakan di dalam kontrak pinjaman bahawa penghutang membayar faedah kepada pemiutang sebagai balasan kebenaran penangguhan dalam pembayaran. Lebihan masa untuk membuat pembayaran dibenarkan sebagai balasan untuk tambahan faedah. Sekiranya peminjam gagal untuk membayar hutang, faedah tambahan akan dikenakan.

Ribh

Keuntungan.

Rider

Lampiran kepada sijil yang mengubah syarat-syarat dengan menambah manfaat-manfaat.

Tabarru’

Kontrak kebajikan atau derma untuk tujuan bukan komersial tetapi semata-mata untuk mengharapkan keredaan Allah.

Takaful

Suatu perkiraan yang berasaskan pertolongan secara bersama yang di bawahnya peserta takaful bersetuju untuk menyumbang kepada suatu kumpulan wang yang sama yang menyediakan manfaat kewangan bersama yang kena dibayar kepada peserta takaful itu atau kepada benefisiarinya pada masa berlaku sesuatu kejadian yang telah dipersetujui terdahulu (Seksyen 2, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013).

Takaful annuity

- Kontrak yang menawarkan pendapatan berkala setelah pencen, untuk satu tempoh yang bergantung kepada hayat seseorang. Takaful benefits / Manfaat takaful - Termasuklah apa-apa manfaat, sama ada berupa wang atau tidak, yang boleh di bayar di bawah suatu sijil takaful (Seksyen 2, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013).

Takaful claim / Tuntutan takaful

Tuntutan bagi pembayaran suatu amaun yang harus dibayar di bawah sijil takaful (Seksyen 2, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013).

Takaful contribution / sumbangan takaful

Amaun yang kena dibayar oleh peserta takaful kepada pengendali takaful di bawah suatu sijil takaful dan termasuklah apa-apa saraan bagi fungsi dan kewajipan yang diambil alih oleh pengendali takaful itu (Seksyen 2, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013).

Takaful fund / Dana takaful

Dana umum yang disumbangkan oleh para peserta takaful dan diuruskan oleh pengendali takaful berlesen dan diuruskan berasingan dengan dana pemegang saham pengendali takaful.

Ta‘min

Kontrak insurans. Lazimnya merujuk kepada insurans konvensional manakala 'ta'min Islami' biasanya merujuk kepada takaful.

Total loss

Kerugian dalam jumlah yang memadai untuk dikatakan bahawa tidak ada nilai lagi yang tinggal.

Underwriting / Pengunderaitan

Pemilihan para peserta takaful berdasarkan standard risiko yang telah ditetapkan oleh pengendali takaful.

Underwriting profit / loss / Untung / rugi pengunderaitan

Pendapatan sumbangan terperoleh setelah ditolak tuntutan bersih ditanggung, komisen dan perbelanjaan pengurusan.

Unearned contribution / Sumbangan tidak terperoleh

Sumbangan yang telah diterima berkaitan risiko yang masih belum luput di akhir tempoh perakaunan.

Ujrah

Upah. Caj kewangan untuk penggunaan servis atau manfaat (gaji, elaun, komisen, dsb.)

‘Uqud al-Mu’awadhat

Kontrak pertukaran.

‘Urf

Adat, kebiasaan.

-

 

Wakalah

Kontrak agensi / perwakilan.

Wakil

Ejen.

Waqf

Endowmen atau amanah kebajikan.

-

 

-

 

Zakat

Sedekah wajib. Zakat merujuk kepada jumlah harta tertentu yang perlu dibayar kepada penerima tertentu setiap tahun berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan.