Notis Privasi

 

Notis Privasi ini menggariskan cara Etiqa mengumpul, menggunakan, menyimpan dan mendedahkan data peribadi anda berhubung dengan urus niaga komersil serta cara Etiqa melindungi data peribadi tersebut mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. 
 
"Etiqa" atau "kami" dalam notis ini merujuk Etiqa Insurance Berhad, Etiqa Takaful Berhad, Etiqa Life International (L) Ltd atau Etiqa Offshore Insurance (L) Ltd ("Etiqa") dan cawangannya di Malaysia dan negara lain serta setiap entiti dalam Etiqa, yang terdiri daripada anak syarikatnya di Malaysia dan luar negara, atau dalam konteks yang diperlukan, salah satu daripadanya.
"Kumpulan Maybank" dalam notis ini merujuk Malayan Banking Berhad ("Maybank") dan cawangannya di Malaysia dan negara lain serta setiap entiti dalam Kumpulan Maybank, yang terdiri daripada anak syarikatnya di Malaysia dan luar negara, atau dalam konteks yang diperlukan, salah satu daripadanya.
Data peribadi merujuk apa-apa maklumat yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan individu, yang dikenal pasti atau dapat dikenal pasti daripada maklumat itu atau daripada maklumat itu dan maklumat lain yang dimiliki oleh Etiqa, termasuk apa-apa data peribadi sensitif dan pendapat yang dinyatakan, rakaman video dibuat melalui kamera litar tertutup yang diletakkan atas sebab-sebab keselamatan dan rakaman audio tentang individu tersebut. 
 
Jenis data peribadi yang kami kumpul mungkin termasuk, tetapi tidak terhad pada, nama, alamat, nombor kad pengenalan atau pasport, maklumat perhubungan lain (termasuk maklumat keluarga/pekerja), umur, pekerjaan, tempat lahir, status perkahwinan, sejarah perubatan dan status kesihatan, maklumat dan rujukan kewangan seperti butiran pendapatan atau cukai pendapatan anda.
Data peribadi yang kami kumpul boleh dikategorikan sebagai sama ada wajib diberikan atau diberikan secara sukarela. Data peribadi yang wajib diberikan ialah data peribadi yang kami perlukan supaya kami dapat menyediakan produk dan perkhidmatan kami kepada anda. Jika anda tidak memberikan data peribadi tersebut, kami tidak akan dapat menyediakan produk dan perkhidmatan kami kepada anda. Data peribadi yang diberikan secara sukarela ialah data peribadi yang tidak wajib diberikan bagi membolehkan kami menyediakan produk dan perkhidmatan kami kepada anda. Jika anda tidak memberikan data peribadi tersebut, anda masih boleh melanggan produk dan perkhidmatan kami. Data peribadi yang wajib diberikan dan diberikan secara sukarela berbeza-beza bagi setiap produk dan perkhidmatan dan akan ditandakan dalam borang permohonan. 
 
Sekiranya anda menyerahkan data peribadi pihak-pihak lain seperti ahli keluarga, penjaga undang-undang, penama, pengarah, pemegang saham atau pegawai, sila pastikan anda telah mendapat persetujuan dan kebenaran daripada mereka sebelum menyerahkan data peribadi tersebut dan memastikan Notis ini mendapat perhatian mereka.
Apabila anda meminta maklumat atau melanggan produk dan perkhidmatan kami, anda akan dikehendaki memberikan data peribadi anda kepada Etiqa. Dengan berbuat demikian, anda bersetuju dengan penggunaan data peribadi anda oleh Etiqa menurut Notis Privasi ini. 

Kami mengumpul data peribadi sensitif anda (termasuk data berkaitan kesihatan fizikal atau mental anda, kesalahan yang dilakukan atau dikatakan telah dilakukan dan sebagainya) apabila anda memohon produk tertentu seperti insurans kesihatan atau nyawa/produk famili takaful, yang menghendaki anda supaya mendedahkan data peribadi sensitif tersebut kepada pihak kami. Kami hanya akan menggunakan data peribadi sensitif anda untuk menyediakan perkhidmatan yang anda langgan. Jika kami mengumpul, menggunakan, menyimpan atau mendedahkan data peribadi sensitif anda, kami akan mendapatkan persetujuan eksplisit anda.  
 
Anda mempunyai pilihan, pada bila-bila masa, untuk tidak memberikan data peribadi/data peribadi sensitif anda atau menarik balik persetujuan anda untuk membenarkan Etiqa memproses data peribadi/data peribadi sensitif anda. Walau bagaimanapun, ini mungkin akan mengakibatkan Etiqa tidak dapat menyediakan perkhidmatan yang telah ditawarkan.
Kami memperoleh data peribadi anda dengan pelbagai cara, seperti: 
 
  • Apabila anda melanggan atau menggunakan salah satu daripada produk dan perkhidmatan yang kami sediakan atau apabila anda melayari atau menggunakan laman web Etiqa.
  • Apabila kami mendapat sejarah perubatan dan status kesihatan daripada doktor anda.
  • Jika anda bukan pemegang polisi/sijil yang diinsurankan/orang yang diinsurankan, kami mungkin boleh mendapatkan maklumat anda daripada pemegang polisi/sijil contohnya majikan.
  • Apabila anda menghubungi Etiqa menerusi pelbagai kaedah seperti borang permohonan, e-mel dan surat, panggilan telefon serta perbualan anda dengan kakitangan kami di cawangan atau melalui ejen kami yang berdaftar. Jika anda menghubungi kami atau kami menghubungi anda melalui telefon, kami mungkin memantau atau merekodkan panggilan telefon tersebut untuk tujuan jaminan kualiti, latihan dan keselamatan.
  • Daripada urus niaga anda (contohnya, sejarah pembayaran, bakiakaun dan lain-lain).
  • Kami juga mungkin memperoleh data peribadi anda apabila anda menyertai kaji selidik pelanggan atau apabila anda mendaftar diri untuk mana-mana peraduan atau promosi kami.
  • Apabila kami memperoleh apa-apa data dan maklumat daripada pihak ketiga yang diberi kuasa (contohnyaagensi kawal selia dan penguatkuasaan, majikan, pemegang polisi bersama/pemegang sijil takaful, , wakil sah, penama dan pemegang serah hak).
  • Daripada rakaman video yang dibuat melalui kamera litar tertutup dan rakaman audio.
  • Dari sumber-sumber awam yang sedia ada.

Alamat IP 
Alamat IP ialah nombor yang diberikan kepada komputer anda secara automatik apabila anda berlanggan dengan Penyedia Perkhidmatan Internet. Apabila anda mengunjungi laman web kami, alamat IP anda direkodkan secara automatik dalam log pelayan kami. Kami menggunakan alamat IP anda untuk membantu mengenal pasti masalah dengan pelayan kami dan mentadbirkan laman web kami. Daripada alamat IP anda, kami boleh mengenal pasti tempat anda mengakses laman web kami. Umumnya, kami tidak memautkan alamat IP anda pada apa-apa yang membolehkan kami mengenal pasti diri anda, melainkan ia dikehendaki oleh undang-undang dan peraturan. 


Maklumat Kuki 
Kuki ialah elemen data yang boleh dihantar oleh laman web kepada pelayar anda, yang kemudiannya mungkin menyimpannya dalam sistem anda. Kami menggunakan kuki pada beberapa laman kami untuk menyimpan pilihan pengunjung dan merekodkan maklumat sesi. Maklumat yang kami kumpul kemudiannya digunakan untuk memastikan tahap perkhidmatan yang lebih peribadi untuk pengguna kami. Anda boleh membuat pelarasan pada pelayar anda supaya anda akan diberitahu apabila anda menerima kuki. Sila rujuk dokumentasi pelayar anda untuk menyemak sama ada kuki dibolehkan pada komputer anda atau meminta supaya tidak menerima kuki.

Kami mungkin memproses data peribadi anda untuk sebab berikut: 
 
  • Menilai permohonan anda untuk mana-mana produk dan perkhidmatan kami atau terus menyediakan produk dan perkhidmatan (yang mana terpakai).
  • Mentadbir polisi insuran/sijil takaful anda dan mana-mana tuntutan terhadap polisi/sijil takaful anda.
  • Mengurus dan menyelenggara akaun anda dengan Etiqa.
  • Meneruskan pelaksanaan obligasi kontrak yang diikat antara Etiqa dengan diri anda.
  • Menjawab pertanyaan dan aduan anda serta menyelesaikan pertikaian.
  • Fungsi dalaman dan menyokong Kumpulan Maybank seperti menilai keberkesanan pemasaran, penyelidikan pasaran, analisis dan pemodelan statistik, pelaporan, pengurusan audit dan risiko serta mencegah penipuan dari semasa ke semasa.
  • Menyediakan anda dengan informasi berkenaan produk dan perkhidmatan oleh Etiqa dan Kumpulan Maybank.
  • Untuk mencegah penipuan atau mengesan jenayah atau untuk tujuan penyiasatan.
  • Atas sebab-sebab keselamatan terutamanya data peribadi yang dikumpulkan dari kamera litar tertutup.
  • Untuk apa-apa sebab lain yang dituntut oleh undang-undang dan peraturan.
 
Jika anda adalah benefisiari dan bukan pemegang polisi, kami hanya akan memproses data peribadi anda untuk tujuan mentadbir insuran polisi dan sijil takaful.
Data peribadi anda yang kami pegang akan dirahsiakan. Walau bagaimanapun, bagi membolehkan kami menyediakan produk dan perkhidmatan kepada anda secara berkesan dan berterusan serta mematuhi apa-apa keperluan undang-undang dan peraturan, kami mungkin perlu mendedahkan data peribadi anda kepada: 
 
  • Etiqa Insurance Berhad, Etiqa Takaful Berhad, Etiqa Life International (L) Ltd atau Etiqa Offshore Insurance (L) Ltd, dalam konteks yang diperlukan.
  • Entiti-entiti lain dalam Kumpulan Maybank.
  • Ejen dan penyedia perkhidmatan kami yang diberi kuasa yang dengannya kami telah mengikat perjanjian kontrak untuk beberapa fungsi, perkhidmatan dan aktiviti kami.
  • Lain-lain insuran/takaful dan pengedaran contohnya bank, islamic bank, broker insuran, broker takaful, syarikat re-insuran, syarikat re-takaful, dalam konteks yang diperlukan.
  • Pertubuhan perdagangan industri seperti Persatuan Insuran Am Malaysia (PIAM), Pertubuhan Insuran Hayat Malaysia (LIAM) dan Persatuan Takaful Malaysia (MTA).
  • Pedagang dan rakan kongsi strategik kami.
  • Mana-mana pihak yang diberi kebenaran oleh anda dari semasa ke semasa.
  • Agensi penguatkuasaan, kawal selia dan kerajaan, seperti yang dibenarkan atau dikehendaki oleh undang-undang, dibenarkan oleh mana-mana perintah mahkamah atau untuk memenuhi obligasi kepada pihak berkuasa kawal selia.

Kami akan berkongsi data peribadi anda (termasuk data peribadi sensitif) dengan Kumpulan Maybank, ejen kami, atau rakan kongsi strategik dan pihak ketiga lain (“entiti lain”) sebagaimana yang difikirkan patut oleh Etiqa, dan anda mungkin menerima makluman pemasaran daripada pihak kami atau entiti lain tentang produk dan perkhidmatan yang mungkin menarik minat anda. Jika anda berhasrat untuk tidak mahu menerima makluman pemasaran ini, sila maklumkan kepada pihak kami untuk menarik balik persetujuan anda dan kami akan berhenti memproses dan berkongsi data peribadi anda dengan entiti lain untuk tujuan penghantaran makluman pemasaran kepada anda. Untuk mengelakkan sebarang keraguan, penarikan tersebut tidak termasuk pemprosesan data peribadi mandatori. 
Anda mempunyai pilihan untuk menarik balik persetujuan anda untuk penerimaan bahan/makluman pemasaran atau promosi. Anda boleh menghubungi kami menggunakan maklumat hubungan yang diberikan di bawah. Sila ambil maklum bahawa sebaik sahaja kami menerima pengesahan tentang permintaan untuk menarik balik persetujuan anda untuk menerima bahan/makluman pemasaran atau promosi, ia mungkin mengambil masa sehingga empat belas (14) hari bekerja sebelum penarikan balik persetujuan anda dipaparkan dalam sistem kami. Oleh itu, anda mungkin masih menerima bahan/makluman pemasaran atau promosi semasa tempoh tersebut. Sila ambil perhatian bahawa walaupun anda memilih untuk tidak lagi menerima bahan pemasaran atau promosi, Etiqa mungkin masih menghubungi anda untuk tujuan lain berhubung dengan akaun, produk, kemudahan atau perkhidmatan yang anda pegang atau langgan dengan Etiqa. 
Pendedahan data peribadi anda mungkin melibatkan pemindahan data peribadi anda ke tempat di luar Malaysia, dan dengan memberikan data peribadi anda kepada kami, anda bersetuju dengan pemindahan tersebut yang diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan yang anda minta dan untuk pelaksanaan apa-apa obligasi kontrak anda dengan Etiqa, termasuk untuk tujuan penyimpanan.

Keselamatan data peribadi anda merupakan keutamaan kami. Etiqa mengambil semua langkah fizikal, teknikal dan organisasi yang diperlukan untuk memastikan keselamatan dan kerahsiaan data peribadi. Jika kami mendedahkan apa-apa data peribadi anda kepada ejen atau penyedia perkhidmatan kami yang diberi kuasa, mereka dikehendaki melindungi data peribadi yang diberikan kepada mereka sewajarnya.

Kami hanya akan menyimpan data peribadi anda selama mana yang perlu untuk memenuhi tujuan ia dikumpulkan atau untuk mematuhi keperluan undang-undang dan peraturan serta keperluan dalaman.

Anda mempunyai hak untuk mengakses data peribadi anda. Jika anda ingin mengakses data peribadi anda, sila isi Borang Permintaan Akses yang boleh didapati di semua Pusat cawangan / Khidmat Pelanggan kami dan hantar melalui e-mel kepada PDPA@etiqa.com.my. Sila ambil perhatian bahawa kami mungkin mengenakan fi yang rendah bergantung pada maklumat yang diminta. Kami juga mungkin mengambil langkah untuk mengesahkan identiti anda sebelum memenuhi permintaan anda untuk mengakses data peribadi anda.

Sila ambil perhatian bahawa kami mungkin mengemas kini Notis Privasi ini dari semasa ke semasa. Jika terdapat perubahan ketara pada Notis Privasi ini, kami akan memberitahu anda dengan memaparkan notis tentang perubahan tersebut di laman web kami atau menghantar pemberitahuan kepada anda secara terus. Semak semula Notis Privasi ini dari semasa ke semasa supaya anda sentiasa maklum tentang cara kami melindungi maklumat anda. 

Notis Privasi ini telah dikemaskini pada September 2015.

Kami komited untuk memastikan data peribadi anda yang kami pegang adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini. Jika terdapat apa-apa perubahan pada data peribadi anda atau jika anda percaya bahawa data peribadi anda yang kami pegang adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau bukan yang terkini, sila hubungi kami supaya kami boleh mengambil langkah untuk mengemas kini data peribadi anda.

Jika anda perlu menghubungi kami, anda boleh mengunjungi mana-mana cawangan kami, menelefon Khidmat Pelanggan kami di Etiqa Online 1300 13 8888 atau melayari www.etiqa.com.my. Bagi pelanggan korporat, anda boleh menghubungi pengurus hubungan anda secara terus. 

Notis Privasi ini disediakan dalam versi bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Jika terdapat apa-apa ketaktekalan antara kedua-dua versi ini, versi bahasa Inggeris akan digunakan. Jika terdapat percanggahan antara Notis Privasi ini dengan terma dan syarat produk atau perkhidmatan tertentu berkenaan cara kami mengumpul atau menggunakan data peribadi anda, terma dan syarat produk atau perkhidmatan tertentu akan terpakai.